Encik Ajeri dari Kuching ada penjelasannya. Terima kasih juga kepada beliau kerana memberi izin menggunakan gambar ini. Rujuk blog beliau untuk maklumat lanjut.
Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts
Saturday, July 18, 2009
Apa Kes? Datuk Kong
Masa kat Sarawak saya ternampak ada patung yang aneh. Takkan diaorang ni sembah patung macam ni? Gayanya macam melayu. Siap songkok bagai? Siapa yang sembah mende ni? Hasil penyiasatan mendapati berhala sebegini dikenali sebagai Datuk Kong.


Wednesday, July 15, 2009
Hantu Janet (Versi Pertama)
Bila ditanya masyarakat Sarawak (khususnya Kuching) mengenai hantu, yang paling popular sekali adalah Hantu Janet. Hantu Janet adalah hantu yang kecoh menganggu penduduk Kucing (sehingga kini juga masih ada kes-kes yang direkodkan). Sungguhpun demikian, asal-usul Hantu janet ini mempunyai banyak versi. Di sini kita ceritakan versi yang pertama.
Kisah Hantu Janet mula muncul di Sarawak sekitar tahun 70an. Janet adalah seorang gadis cina yang hilang dipercayai diculik sekitar penghujung 60an atau awal 90an. Janet dipercayai bekerja sebagai jururawat di hospital umum kuching.Ada juga sumber-sumber menyatakan Janet adalah anak kepada salah seorang doktor yg bertugas di Hospital Umum. Satu Kuching heboh mengenai kes culik yg semakin berleluasa pada masa itu dipercayai ada kaitan dengan pembinaan jambatan Satok.Kepala orang yg diculik akan dipengal utk dijadikan semah kepada penunggu yg sering menghalang pembinaan jambatan Satok.
Bila-bila kerja pembinaan tergendala disebabkan sesuatu masalah, bermakna penunggu meminta korban untuk di-semah. Maka mereka-mereka yang terlibat mula mencari mangsa. Selalunya mereka mencari gadis perawan untuk dijadikan korban. Hanya kepala mereka sahaja yang akan digunakan (biasanya ditanam dalam tiang kongkrit)
Cerita mengenai hantu Janet mulai hangat apabila penduduk kampung disekitar Bandaraya Kuching dari Bintagor ke Kudei hidup dalam ketakutan kerana mereka sering terserempak dengan seorang wanita yang berbaju merah, berkasut merah dan membawa payung berwarna merah juga. Wanita itu sering merayau-rayau di dalam kampung untuk menarik perhatian golongan lelaki khususnya untuk diajak menonton wayang. Janet semasa hayatnya dipercayai suka menonton wayang midnight. Sering kali pekerja di panggung wayang menerima kehadiran seorang wanita berbaju serba merah pada waktu tengah malam untuk menonton wayang. Wang yg diberikan bertukar menjadi daun atau duit cina mati pada keesokkan harinya.
Hantu Janet menjadi satu fenomena misteri yang sangat ditakuti, sehingga penduduk-penduduk Kuching sampai enggan menyebut namanya. Jika disebut, maka hantu Janet pasti akan menganggu mangsa tersebut di waktu malam.
Bersambung versi kedua..
Thursday, February 19, 2009
Ular Besar Di Sungai Rajang, Sarawak

Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.
Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?
Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.Juga teringat kes ikan puyu sepanjang tiang elektrik yang muncul masa banjir besar tahun 70an di semenanjung Malaysia. Ikan puyu raksasa tu, benar-benar wujud ya adik-adik. Pokok yang kena libas ngan ekor ikan tu masih berbekas hingga ke hari ini.
Juga Video Bonus:
Subscribe to:
Posts (Atom)