Showing posts with label ikan misteri. Show all posts
Showing posts with label ikan misteri. Show all posts

Thursday, February 19, 2009

Ular Besar Di Sungai Rajang, Sarawak


Gambar ini dikatakan diambil dari helikopter semasa banjir besar Sungai Rajang baru-baru ini. Lokasi gambar adalah di Ulu Kapit, Sarawak. Badan ular sebesar tong drum dan dikatakan sepanjang 100meter. Ular besar ini digelar 'Nabau' oleh penduduk tempatan.

Analisis gambar di atas menunjukkan ianya adalah gambar penipu. Kalau ular sebesar tu berenang atas permukaan air, mana kocakan ataupun riak airnya?

Benar-benar ada ke ular bersaiz raksasa macam ni kat Sarawak? Anakonda? Namun, kalau dah sungai yang sebesar ini, macam-macam haiwan boleh ada kat dalamnya. Berita ni kecoh dalam suratkhabar Utusan Sarawak. Ada sekeping lagi gambar, tapi tipu punya la.

Juga teringat kes ikan puyu sepanjang tiang elektrik yang muncul masa banjir besar tahun 70an di semenanjung Malaysia. Ikan puyu raksasa tu, benar-benar wujud ya adik-adik. Pokok yang kena libas ngan ekor ikan tu masih berbekas hingga ke hari ini.

Juga Video Bonus:



Friday, April 11, 2008

Gambar Ikan Tamalian


Pernah satu ketika masa muda-muda dulu aku buat research pasal ikan ni. Puas cari ke sana kemari tak jumpa. Cuma dengar cerita dari mulut orang je. Baru-baru ni jumpa gambar ni. Beginilah rupa paras ikan tamalian yang rupanya seakan-akan buaya. Orang kata, kadang-kala boleh jumpa kat Sungai Pahang. Namun realitinya gambar ini diambil di Amerika Selatan (kalau tak silap) sungai Amazon gitu.

Yang pasti, memang ada testimoni dari rakyat tempatan kat Kuala Lipis ni, bahawa mereka pernah terlihat dan ter-tangkap ikan ini.