Sunday, May 11, 2008

Hantu Tanpa Muka


Hantu tanpa muka popular di Jepun. Ia dikenali sebagai Noppera-bō. Modus operandi mereka adalah pada mulanya menjelma menjadi seseorang yang dikenali oleh mangsa. Lepas tu macam biasa, pandang tempat lain, pastu pandang balik, muka dah takde.

Hantu tanpa muka lebih menyeramkan dari banyak hantu-hantu yang lain sebab kita tak dapat agak niat dan emosi hantu tersebut. Sebab.. err.. dia takde muka.

Wednesday, May 7, 2008

Kelibat Misteri



Kelibat misteri yang berjaya di rakam ini masih menimbulkan tanda tanya hingga kini. Sesetengah orang berpendapat bahawa ini adalah imej Awang Kenit yang telah menggemparkan tanah air beberapa tahun lalu.

Awang Kenit adalah makhluk berbentuk manusia bersaiz kecil yang dipercayai makhluk halus yang ada hidup secara rahsia bersama-sama manusia. Beberapa penampakan Awang Kenit telah direkodkan. Mereka ditemui hanya sekilas pandang dan akan lari apabila bertemu manusia.

Adakah makhluk sebegini benar-benar wujud?

Monday, May 5, 2008

Gambar Petir











Keadaan ketika ribut petir yang hebat selalunya menakutkan. Langit bagai nak runtuh, bunyi angin yang kuat dan kilat sabung menyabung memang mengerikan. Gambar kali ini dihantar oleh Nojah. Berlaku si jalan lama antara Temerloh dan Kuantan. Beliau ada mengambil video mengenai kejadian ini, dan akan dipaparkan di sini sedikit masa lagi.

Sunday, May 4, 2008

Gambar Hantu Lama-Lama


Ni apa gambar ni? Tak senonoh je. Rupa macam vintage. Tida dapat dikenalpasti dari mana datangnya, tapi aku pasti korang mesti pernah tengok gambar ni. macam rakaman cctv/kamera video pun ada.