Showing posts with label hantu. Show all posts
Showing posts with label hantu. Show all posts

Monday, April 20, 2009

Gambar Jin Dalam Botol


Jika diperhatikan dengan teliti di bahagian atas botol kita boleh nampak bayangan jin. Jin ini telah ditangkap dalam satu kes kerasukan yang berlaku baru-baru ini.

Anda boleh baca pengalaman mereka melihat kerasukan ini di sini dan sini.

Wednesday, July 23, 2008

Jangan Pandang Belakang


Gambar-gambar lama jika direnung kembali pasti ada sesuatu yang mengejutkan. Gambar diambil di Rest House Lama, Kuala Lipis, Pahang. Rest House ini dibina pada zaman kolonial dan ada banyak kejadian-kejadian mistik yang berlaku di sini.

Sunday, May 11, 2008

Hantu Tanpa Muka


Hantu tanpa muka popular di Jepun. Ia dikenali sebagai Noppera-bō. Modus operandi mereka adalah pada mulanya menjelma menjadi seseorang yang dikenali oleh mangsa. Lepas tu macam biasa, pandang tempat lain, pastu pandang balik, muka dah takde.

Hantu tanpa muka lebih menyeramkan dari banyak hantu-hantu yang lain sebab kita tak dapat agak niat dan emosi hantu tersebut. Sebab.. err.. dia takde muka.

Monday, April 21, 2008

Renungan Pontianak



Pontianak di mana-mana. Kalau jalan dalam kegelapan, jangan pandai-pandai nak renung mana-mana tempat yang gelap. kerana anda mungkin sedang diperhatikan oleh pontianak.

Monday, December 10, 2007

"Ini real punya pochong!"



Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau. Pochong ni mula-mula ngeri jugak aku tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.

Kata Mie:
"Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"

Waima, kenapa tukang ambik gambar tu tak center-kan shot tersebut? Macam sengaja bagi ruang untuk hantu tu muncul. Dan apakejaddahnya tiba-tioba ambik gambar tengah-tengah malam macam ni.

Pochong ni nampak terlalu real, sampai ia kelihatan palsu. Tapi ada kemungkinan hantu real punya. Kalau real gambar hantu, aku jadi seram.

Fakta menarik: Mata bercahaya ketika ambik gambar (flash) dikenali sebagai 'Red Eye'.