Showing posts with label telefon kamera. Show all posts
Showing posts with label telefon kamera. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

Gambar Hantu Dalam Telefon Bimbit


Berita Harian hari ini melaporkan seorang pemuda, Nasron Jaffar, 31, telah terakam gambar hantu melalui telefon bimbit berkameranya di sebuah resort di Kuantan.

-"Beliau berkata, rakaman itu dibuat kira-kira jam 11.44 malam, 27 Julai lalu selepas beliau dan isterinya, Wan Nafisah Wan Ismail, 30, sedang beristirahat di bilik berkenaan selepas konvoi kelab berkereta dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur berhenti rehat di resort itu. 

-"Saya membuat beberapa rakaman menggunakan telefon bimbit yang baru dibeli bulan lalu di bilik berkenaan kerana ingin mencuba kekuatan cahaya kamera telefon itu, terutama pada waktu malam tanpa bantuan lampu," katanya.

-"Bagaimanapun, saya terkejut apabila satu gambar yang dirakamkan dalam bilik resort itu menunjukkan wajah menyeramkan, menyerupai wajah seorang lelaki tetapi berkening halus seolah-olah dipantis dan memakai kain putih menyerupai kafan," katanya."

Sumber : Berita Harian

Akan datang, saya akan buktikan bagaimana kamera telefon anda boleh merakam apa yang gagal dilihat oleh mata kasar.

Wednesday, May 21, 2008

Gambar Hantu Lama



Korang tau kamera zaman dulu yang jenis bukak penutup depan kejap, pastu tutup balik dapat gambar? Zaman dulu diaorang pakai kamera jenis ini. Dan sesetengah pengkaji paranormal mendakwa bahawa kamera jenis ini paling sesuai dan paling berkesan untuk menangkap gambar hantu.

Thursday, April 17, 2008

Hati-hati Dengan Telefon Kamera Anda


Jangan suka-suka ambik gambar merepek. Kebanyakkan penampakan gambar hantu ni semuanya berlaku dengan telefon kamera. Kalau tak berani nak tengok gambar hantu, jangan main suka-suka hati snap tak tentu arah. Nanti jadi macam gambar ni.