Thursday, January 24, 2008

Hantu Nenek Kebayan



Tak elok tau kalau gambar macam ni nak dakwa gambar hantu jugak. Mana tau nenek dia lalu kat belakang tu. Tak pasal-pasal nenek jadi hantu jugak.

Gambar ini dikirimkan kepada saya dan asal-usulnya masih belum dikenalpasti. 

Mujurlah gambar ni tiba ke tangan saya (hek ele.."saya") dalam salinan yang masih ada EXIF Info dia. Apajaddah EXIF info ni aku tak tau. Tapi yang penting ia dapat memberitahu kita bahawa gambar di diambik dengan menggunakan telefon kamera N70 (2mpx), dengan data-data berikut:
Make - Nokia
Model - N70-1
ExposureTime - 1/16.9 seconds
ISOSpeedRatings - 500
DateTimeOriginal - 2007:11:29 09:33:25
DateTimeDigitized - 2007:11:29 09:33:25
ShutterSpeedValue - 1/17 seconds
ApertureValue - F 3.20
LightSource - Auto
Flash - Not fired
FocalLength - 4.50 mm
FlashPixVersion - 0100
Walaupun saya (cis) tak berapa banyak tahu pasal fotografi ni namun saya tahu kalau macam ni punya data, mesti keluar hantu punya kat belakang. 
Sebab setting macam ni, memang sesuai kalau nak tangkap gambar hantu. 

Monday, December 10, 2007

"Ini real punya pochong!"



Gambar kali ini dihantar oleh Mie dari.. err.. dia tak bagitau. Pochong ni mula-mula ngeri jugak aku tengok. Tapi macam palsu pun ada. Siap mata bercahaya lagi. Tapi dari aspek serius muka brade ni bergambar, nampak macam real.

Kata Mie:
"Ini real punye pocong. Korang kaji la logik ke tak gambar nih"

Waima, kenapa tukang ambik gambar tu tak center-kan shot tersebut? Macam sengaja bagi ruang untuk hantu tu muncul. Dan apakejaddahnya tiba-tioba ambik gambar tengah-tengah malam macam ni.

Pochong ni nampak terlalu real, sampai ia kelihatan palsu. Tapi ada kemungkinan hantu real punya. Kalau real gambar hantu, aku jadi seram.

Fakta menarik: Mata bercahaya ketika ambik gambar (flash) dikenali sebagai 'Red Eye'.

Thursday, June 15, 2006

Hantu UiTM Sarawak

Gambar dikirimkan oleh Hizri Sauti (zareth0770[at]yahoo.com.my). Klik untuk beso.
Katanya:
"Gambar ni diambil oleh kawan saya pada semester lepas di kolej sri
mulu, UiTM Sarawak. Gambar tu menunjukkan ada kepala sahaja dia atas
syiling, tanpa badan.."
Terima kasih kepada Hazri Sauti. Kami mengalu-alukan sumbangan gambar hantu untuk dikongsi bersama. Kirimkan kepada (kumprinx[at]gmail.com).

Pontianak Tumpang Glamer



Gambar ni kitaorang ambik masa Sure Pekat Aftershow Party (2005). Dah lama dah, tapi bebaru ni sedar.Masa tu kitaorang meronda-ronda sekitar bandar Lipis. Memula kitaorang naik Bukit Bius. Kat sana ambik gambar jugak. Aku tak cek lagi ada naik tak gambar hantu nya.

Buat pengetahuan korang, Bukit Bius ni zaman dulu area hospital. Tu pasal banyak orang mati. Dan banyak lagi misteri yang belum terjawap kat sini. Pepehal gambar ni bukan kat Bukit Bius, tapi kat Bukit Residen, Kuala Lipis.Tempat ni umah Residen Pahang zaman dulu.Masa Jepun masuk Malaya, toksah cerita la umah ni jadi mende.

Masa ambik kitaorang tak perasan. Lepas transfer kat komputer baru sedar.Masa tu semua perangaipun serupa hantu. Maklumlah release tension lepas habih event. Pepehal sila nengok sendiri dan nilaikan kesahihan gambar ni. Pontianak ke, hantu ke, jembalang ke, aku tak tau.