Thursday, June 15, 2006

Pontianak Tumpang Glamer



Gambar ni kitaorang ambik masa Sure Pekat Aftershow Party (2005). Dah lama dah, tapi bebaru ni sedar.Masa tu kitaorang meronda-ronda sekitar bandar Lipis. Memula kitaorang naik Bukit Bius. Kat sana ambik gambar jugak. Aku tak cek lagi ada naik tak gambar hantu nya.

Buat pengetahuan korang, Bukit Bius ni zaman dulu area hospital. Tu pasal banyak orang mati. Dan banyak lagi misteri yang belum terjawap kat sini. Pepehal gambar ni bukan kat Bukit Bius, tapi kat Bukit Residen, Kuala Lipis.Tempat ni umah Residen Pahang zaman dulu.Masa Jepun masuk Malaya, toksah cerita la umah ni jadi mende.

Masa ambik kitaorang tak perasan. Lepas transfer kat komputer baru sedar.Masa tu semua perangaipun serupa hantu. Maklumlah release tension lepas habih event. Pepehal sila nengok sendiri dan nilaikan kesahihan gambar ni. Pontianak ke, hantu ke, jembalang ke, aku tak tau.

No comments:

Post a Comment